Assalamuaalaikum W.B.T

Sebarang idea membina amat dialu-alukan dan didahului dengan Jutaan Terima Kasih. Apa yang tidak baik datangnya dari kita sendiri dan yang baik2 tentunya dari Ilham dan Hidayah dari Allah Subhanahu Wata'ala.

Sunday, November 7, 2010

Ya Allah berikan aku ketabahan.....

"Ye! ye! seronok Abah ajak jalan, Jalan-jalan cari makan!!" Riang sungguh anak-anak menyanyi. Si ibu menoleh sambil tersenyum, berkongsi keseronokkan anak-anak. Hmmm...anak-anak tidak mengerti apa-apa.  Ibu....menahan perasaan, memendam rasa, menahan debaran.  "Ya Allah berikanlah kesudahan yang baik untuk ku.  Sekiranya ini adalah penebus segala dosa ku Ya Allah...aku redha" Doa si ibu dalam hati.

Abah memandu dalam keadaan tenang, ibu di sebelah tenang dalam gelora.  Perjalanan di rasakan amat cepat. Hai...dah nak sampai...Ibu cuba memejamkan mata.Teringat perbualan semalam bersama Abah.

"Kalau orang nak bermadu, kena bagi tau ke tak?" Abah bertanya
"Mestilah bagi tau..memang akan rasa marah, tapi sekurang-kurangnya tidak rasa tertipu" Jawab ibu dengan panjang lebar.
"Kenapa tanya, nak bermadu ke?"Tanya ibu
"Belum lagi..tapi kita pergi berziarah" Jawab Abah
"Biar betul..org mana?!!" Soal ibu terkejut.
"Org S."Jawab abah ringkas
Ibu terdiam. Ya Allah. Apa ni?

"Ibu dah sampai" Abah menghentikan lamunan ibu.  "kita berziarah sambil mengikat silaturahim" Abah berkata.  Ibu menurut dan membisu seribu kata.
"Assalamualaikum" Kebiasaan ibu apabila berjumpa dengan orang.  Wajah tuan rumah nampak kelat.  Ibu seboleh mungkin berlagak tenang. Tuan rumah yang telah bersedia menerima tetamu menghidangkan makanan.  Ibu makan walaupun sukar untuk di telan.  Sebagai menghormati tuan rumah. Sesudah makan ibu ke ruang tamu.  Masih membisu seribu bahasa.   Sedih, pilu, perasaan tidak menentu.  Tuan rumah mencuit untuk berbincang.  Perbincangan berjalan dengan tenang.  Ibu seboleh mungkin bertahan untuk menjadi kuat.  Alhamdulillah, perbincangan lancar.  Ibu memohon diri dan mengajak abah pulang.

"Ya Allah..berat ujian mu Ya Allah.  Berilah hambamu petunjuk..Jika ini memberi hikmah kepada ku, aku redha Ya Allah.
Pertengkaran kecil berlaku dalam perjalanan.  Akhirnya ibu diam...walaupun tiada kesudahan.  Abah cuba untuk bercakap dengan ibu seperti biasa.  Tapi...buat masa ini emosi ibu tertekan.  Ibu menjawab apa yang perlu.  Anak-anak yang memerhati turut terdiam.  Sudah faham agaknya.

"Apa yang harus aku lakukan Ya Allah" ibu berdoa di dalam hati.  Sayu tiada tempat mengadu.  Abah masih lagi tenang. Memang abah tidak perlu rasa bersalah kerana itu haknya.  Islam membenarkan, ibu tidak boleh menolak hukum.  Memang ada kesalahan ibu terhadap abah, tetapi bukan ini yang ibu harapkan untuk menebus kesalahannya.  Tapi, siapa ibu untuk menghalang kehendakNYA..Ibu bertawakal.   Hanya Allah yang benar-benar memahami.  Allah yang mengatur segalanya.   PASRAH dan berdoa.  Allah Maha Mengetahui dan Allah yang menentukan segalanya.  Allah tidak akan menguji hambanya dengan ujian yang tidak mampu dilalui.  Allah tidak kejam terhadap hambanya.  Hanya hambanya yang selalu lalai semasa bahagia.

"Ya Allah, aku terlalu lalai dengan kebahagiaan yang aku kecapi selama ini.  Ampunkanlah segala dosa-dosaku Ya Allah...Ya Ghafur...sesungguhnya Engkau Maha Pengampun.  Ya Allah tunjukkan aku jalan yang engkau redhai,  Ya Rabbi, aku bermohon kepada mu Ya Allah , sekiranya itu yang memberi kebaikan untuk ku, keluarga ku, aku redha Ya Allah sekiranya tidak Ya Allah  temukan jodoh S dengan orang yang lebih baik dari suamiku.  Ya Allah Ya Tuhanku..Engkau Maha Mengetahui apa yang aku tidak ketahui.  Aku bertawakkal kepada mu Ya Allah...

No comments:

Post a Comment