Assalamuaalaikum W.B.T

Sebarang idea membina amat dialu-alukan dan didahului dengan Jutaan Terima Kasih. Apa yang tidak baik datangnya dari kita sendiri dan yang baik2 tentunya dari Ilham dan Hidayah dari Allah Subhanahu Wata'ala.

Monday, November 8, 2010

SUAMI..

Sajak ini di petik dari Blog GENTARASA

Bila Isteri “Mengamuk”
Kekadang isteri mengamuk
Dengan ombak prasangka dan lautan cemburu
Apa bukti setiamu suami?
Atau apakah kau sedang berkira-kira
hendak “mendua”, “mentiga” dan “mengempatkan”ku?

Kekadang disergahnya suami
Ketika keringat masih membasah
Baru melangkah masuk pintu rumah

Ketika itu muhasabahlah diri
Mungkin suami berdosa dengan Tuhan,
atau bersalah dengan insan
Mungkin banyak penzaliman dan penganiayaan yang telah dilakukan
Lalu datang “serangan” itu sebagai peringatan

Suami,
Hadapkanlah diri ke cermin hati
Kaji dirimu satu persatu
Kalau liar, berhentilah
Kalau berdosa, bertaubatlah.

Jangan berkira-kira hendak “berdua”
kalau yang satu itu pun tak mampu dijaga
Jangan kemampuan harta dan fizikal sahaja diperhitungkan…
Tetapi mampukah meratakan keadilan
memimpin penuh kasih sayang?

Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
Nasihatkanlah dia baik-baik
Ingatlah mestika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayyub.

Atau ingatlah pesan Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami
yang dileteri isteri:
“Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri
telah banyak membantu kita
Dia yang menyelamatkan kita
daripada amukan nafsu
Dia yang membantu menjaga anak-anak kita
Dia yang membantu menjaga
makan minum kita
Dia yang mencuci kain-baju kita
Dia yang membantu membersihkan
rumah kita…
Lalu apa salahnya kita bersabar dengan kerenah mereka?”

Taburkanlah segenggam salji
pada secubit api
Insya-Allah,
cinta itu akan semarak kembali!


Kepada para SUAMI hargailah ister anda...Anda kebahagiaan isteri...

Sunday, November 7, 2010

Ya Allah berikan aku ketabahan.....

"Ye! ye! seronok Abah ajak jalan, Jalan-jalan cari makan!!" Riang sungguh anak-anak menyanyi. Si ibu menoleh sambil tersenyum, berkongsi keseronokkan anak-anak. Hmmm...anak-anak tidak mengerti apa-apa.  Ibu....menahan perasaan, memendam rasa, menahan debaran.  "Ya Allah berikanlah kesudahan yang baik untuk ku.  Sekiranya ini adalah penebus segala dosa ku Ya Allah...aku redha" Doa si ibu dalam hati.

Abah memandu dalam keadaan tenang, ibu di sebelah tenang dalam gelora.  Perjalanan di rasakan amat cepat. Hai...dah nak sampai...Ibu cuba memejamkan mata.Teringat perbualan semalam bersama Abah.

"Kalau orang nak bermadu, kena bagi tau ke tak?" Abah bertanya
"Mestilah bagi tau..memang akan rasa marah, tapi sekurang-kurangnya tidak rasa tertipu" Jawab ibu dengan panjang lebar.
"Kenapa tanya, nak bermadu ke?"Tanya ibu
"Belum lagi..tapi kita pergi berziarah" Jawab Abah
"Biar betul..org mana?!!" Soal ibu terkejut.
"Org S."Jawab abah ringkas
Ibu terdiam. Ya Allah. Apa ni?

"Ibu dah sampai" Abah menghentikan lamunan ibu.  "kita berziarah sambil mengikat silaturahim" Abah berkata.  Ibu menurut dan membisu seribu kata.
"Assalamualaikum" Kebiasaan ibu apabila berjumpa dengan orang.  Wajah tuan rumah nampak kelat.  Ibu seboleh mungkin berlagak tenang. Tuan rumah yang telah bersedia menerima tetamu menghidangkan makanan.  Ibu makan walaupun sukar untuk di telan.  Sebagai menghormati tuan rumah. Sesudah makan ibu ke ruang tamu.  Masih membisu seribu bahasa.   Sedih, pilu, perasaan tidak menentu.  Tuan rumah mencuit untuk berbincang.  Perbincangan berjalan dengan tenang.  Ibu seboleh mungkin bertahan untuk menjadi kuat.  Alhamdulillah, perbincangan lancar.  Ibu memohon diri dan mengajak abah pulang.

"Ya Allah..berat ujian mu Ya Allah.  Berilah hambamu petunjuk..Jika ini memberi hikmah kepada ku, aku redha Ya Allah.
Pertengkaran kecil berlaku dalam perjalanan.  Akhirnya ibu diam...walaupun tiada kesudahan.  Abah cuba untuk bercakap dengan ibu seperti biasa.  Tapi...buat masa ini emosi ibu tertekan.  Ibu menjawab apa yang perlu.  Anak-anak yang memerhati turut terdiam.  Sudah faham agaknya.

"Apa yang harus aku lakukan Ya Allah" ibu berdoa di dalam hati.  Sayu tiada tempat mengadu.  Abah masih lagi tenang. Memang abah tidak perlu rasa bersalah kerana itu haknya.  Islam membenarkan, ibu tidak boleh menolak hukum.  Memang ada kesalahan ibu terhadap abah, tetapi bukan ini yang ibu harapkan untuk menebus kesalahannya.  Tapi, siapa ibu untuk menghalang kehendakNYA..Ibu bertawakal.   Hanya Allah yang benar-benar memahami.  Allah yang mengatur segalanya.   PASRAH dan berdoa.  Allah Maha Mengetahui dan Allah yang menentukan segalanya.  Allah tidak akan menguji hambanya dengan ujian yang tidak mampu dilalui.  Allah tidak kejam terhadap hambanya.  Hanya hambanya yang selalu lalai semasa bahagia.

"Ya Allah, aku terlalu lalai dengan kebahagiaan yang aku kecapi selama ini.  Ampunkanlah segala dosa-dosaku Ya Allah...Ya Ghafur...sesungguhnya Engkau Maha Pengampun.  Ya Allah tunjukkan aku jalan yang engkau redhai,  Ya Rabbi, aku bermohon kepada mu Ya Allah , sekiranya itu yang memberi kebaikan untuk ku, keluarga ku, aku redha Ya Allah sekiranya tidak Ya Allah  temukan jodoh S dengan orang yang lebih baik dari suamiku.  Ya Allah Ya Tuhanku..Engkau Maha Mengetahui apa yang aku tidak ketahui.  Aku bertawakkal kepada mu Ya Allah...

Tuesday, November 2, 2010

Marah-marah sayang

Marah adalah sifat semula jadi.  Setiap orang pastinya mempunyai perasaan itu.  Ada yang memendam kemarahan.  Ada juga yang meluahkannya dengan pelbagai expressi, melalui memek muka, perbuatan, perkataan serta tindakan. 
Sifat marah mempunyai kebaikan dan keburukkan.  Kebaikkannya ialah, sifat itu merupakan tindakan atau protes terhadap perkara yang tidak bersesuaian dengan jiwa dan kehendak.  Oleh yang demikian itu adalah tindak balas atau respon kita terhadap apa yang berlaku pada diri.  Keburukannya, apabila kemarahan menguasai diri, sepatutnya kita yang mengawal perasaan itu.  Jika dibiarkan kemarahan bersarang dalam diri kita ia akan merangsang otak kita untuk melakukan tindakan2 yang di luar kawalan.  Akhirnya berlaku keganasan.
Sebagai seorang ibu, aku pun biasa mengalaminya, tetapi setakat ini Insyaallah aku tidak melakukan keganasan yang boleh merosakkan mental dan fizikal.  "Sayangkan anak, tangan-tangankan"..Nabi S.A.W juga menyarankan agar kita merotan anak kita. Sabda Baginda "Ajarlah anak mu Solat semasa berumur 7 thn, dan rotanlah sekiranya mereka tidak mengerjakan Solat apabila berumur 10 thn".   Kemarahan itu haruslah bertempat.   "Ikut Hati Mati, Ikut Rasa Binasa". Setiap perbuatan dimulakan dengan niat...walaupun terkadang kita terlepas kata, (masa ikut rasa marah), apabila teringat, cepat2 beristighfar, lari dari tempat kita marah...Walaupun yang kita marah tu, anak kita, tidak salah sekiranya kita meminta maaf.  Dengan cara itu, secara tidak langsung kita mendidik anak2 untuk sentiasa meminta maaf apabila melakukan kesalahan serta membenarkan mereka mengakui kesalahan.  
Untuk anak2 ku, sekiranya Umi marah itu bukan bermaksud Umi tidak sayang, kerana sayang umi marah. Semoga anak2 Umi sentiasa memahami.

Kakak

Permata hati ku yg pertama.  Pada jam 18:08, pada tarikh 18.08.00, pada 18 Jamadil Akhir lahirnya anugerah yang tidak terhingga nilainya.  Cantikkan waktu dan tarikh yang telah direncanakan oleh Allah S.W.T...Sayangnye...masa tu Umi belum ada kamera lagi, tak dapat nak dirakamkan...hehehe....tapi kotak ingatan Umi ni lebih power lagi drp peralatan yang canggih manggih tu..
Sebenarnya Umi overdue sehari, Alhamdulillah bunga cinta Umi dan Abah selamat jugak dilahirkan, Comel...putih gebu...sampaikan umi tak percaya, betul ke itu anak umi....Tenung punya tenung wajah kakak sebiji mcm abah, kulit je tak sama...menurun kulit Tuk Ganu..
Selang beberapa hari Abah pun bagi nama NURZARIFAH BALQIS BT ZAIDI.
sedapkan nama tu...walaupun ramai yang saje2 tukar jadi ZIRAFAH....jgn marah....maknanya sangat mendalam..kalau tak Abah tak pilih la nama tu...
(Nurzarifah Balqis berbaju kurung bersama Amir Izat)

Comelnye....anak Umi..
Masa kecik dulu punya lah garang....Mak oii..tak boleh langsung org lain sentuh...Sekarang dah 10 tahun dah anak umi...(gambar atas).  Semakin besar semakin prihatin...Syukur sangat dah tak garang macam zaman kecik dulu.  Terserlah sifat2 kepimpinan. Boleh la Umi harapkan untuk memimpin adik2 sekiranya Umi tak de. 
Pernah  satu masa Umi bermimpi....Umi kehilangan kakak...masa tu kakak baru masuk darjah satu...setiap kali  nampak wajah kakak Umi  menangis....Umi takut sangat kalau kehilangan anak  Umi,  Umi selalu pesan  pada  Abah  bawak  motor  perlahan-lahan,  masa  tu  kereta  kita  satu je...Umi yg  guna sbb  tempat  kerja  Umi  lebih jauh.  Hampir sebulan  umi  trauma....Alhamdulillah itu hanya mimpi.  Umi  tak  dapat  bayangkan  kalau  lah  ia menjadi satu kenyataan.   Umi  akan  kehilangan  anak  Umi yang  keletah, suka  menyanyi,  suka  marah  dan  macam2  lagi  kerenahnya.