Assalamuaalaikum W.B.T

Sebarang idea membina amat dialu-alukan dan didahului dengan Jutaan Terima Kasih. Apa yang tidak baik datangnya dari kita sendiri dan yang baik2 tentunya dari Ilham dan Hidayah dari Allah Subhanahu Wata'ala.

Tuesday, November 2, 2010

Marah-marah sayang

Marah adalah sifat semula jadi.  Setiap orang pastinya mempunyai perasaan itu.  Ada yang memendam kemarahan.  Ada juga yang meluahkannya dengan pelbagai expressi, melalui memek muka, perbuatan, perkataan serta tindakan. 
Sifat marah mempunyai kebaikan dan keburukkan.  Kebaikkannya ialah, sifat itu merupakan tindakan atau protes terhadap perkara yang tidak bersesuaian dengan jiwa dan kehendak.  Oleh yang demikian itu adalah tindak balas atau respon kita terhadap apa yang berlaku pada diri.  Keburukannya, apabila kemarahan menguasai diri, sepatutnya kita yang mengawal perasaan itu.  Jika dibiarkan kemarahan bersarang dalam diri kita ia akan merangsang otak kita untuk melakukan tindakan2 yang di luar kawalan.  Akhirnya berlaku keganasan.
Sebagai seorang ibu, aku pun biasa mengalaminya, tetapi setakat ini Insyaallah aku tidak melakukan keganasan yang boleh merosakkan mental dan fizikal.  "Sayangkan anak, tangan-tangankan"..Nabi S.A.W juga menyarankan agar kita merotan anak kita. Sabda Baginda "Ajarlah anak mu Solat semasa berumur 7 thn, dan rotanlah sekiranya mereka tidak mengerjakan Solat apabila berumur 10 thn".   Kemarahan itu haruslah bertempat.   "Ikut Hati Mati, Ikut Rasa Binasa". Setiap perbuatan dimulakan dengan niat...walaupun terkadang kita terlepas kata, (masa ikut rasa marah), apabila teringat, cepat2 beristighfar, lari dari tempat kita marah...Walaupun yang kita marah tu, anak kita, tidak salah sekiranya kita meminta maaf.  Dengan cara itu, secara tidak langsung kita mendidik anak2 untuk sentiasa meminta maaf apabila melakukan kesalahan serta membenarkan mereka mengakui kesalahan.  
Untuk anak2 ku, sekiranya Umi marah itu bukan bermaksud Umi tidak sayang, kerana sayang umi marah. Semoga anak2 Umi sentiasa memahami.

No comments:

Post a Comment